Followers

Friday, 26 April 2013

Lagi Ahli PKR Keluar Parti !! #TolakPR #Vote4BN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Teluk Bahang lumpuh apabila 180 ahli termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya tekad meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN).


Bekas Pengerusi Cabang berkenaan, Mustaffa Ahmad berkata, keputusan itu diambil memandangan kesemua ahli terlibat sudah tidak yakin dan percaya dengan kepimpinan parti dan pakatan pembangkang.

Tegasnya, mereka semua tersinggung dan tidak boleh menerima tindakan Naib Presidennya Tian Chua menghina anggota keselamatan yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah.

"Kita tidak boleh terima keceluparan itu. Anggota terlibat bermati-matian mempertahankan kedaulatan negera dan isu kalimah Allah yang dibangkitkan juga sangat melampau.

"Oleh itu dengan tindakan keluar beramai-ramai ini cabang PKR Teluk Bahang juga ditutup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menyerahkan borang keahlian BN kepada calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, di sini malam tadi.

Sementara itu bagi bekas Timbalan Pengerusi Cabang PKR itu, Ng Bee Hock berkata, mereka tekad untuk menyertai BN kerana percaya dengan kebolehan parti itu dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat.

"Lima tahun mentadbir negeri ini tiada apa yang di bawa untuk penduduk Teluk Bahang malah kemudahan untuk rakyat juga susah untuk disediakan biarpun telah diminta.

"Saya harap rakyat terutamanya orang Cina akan membuka mata dan kembali menyokong BN kerana pembangkang ini cakap tidak serupa bikin," ujarnya.

Sehubungan itu, bagi Shah Headan, beliau menyifatkan tindakan keluar parti berkenaan menunjukkan rakyat telah kembali sedar untuk memilih kerajaan yang diyakini.

"Tiada paksaan atau rancangan yang diatur. Mereka yang terlibat ini sendiri yang datang untuk menyertai BN.

"Ini jelas menunjukkan PKR sekarang ini seolah-olah retak menanti belah," tegasnya.





UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...