Followers

Friday, 23 November 2012

BONGKAR !! Siapa SonglapTabung Memali ??!!


Bila Sejarah Di Rungkai Kembali..Bagaimana PAS Mahu Tutup Bangkai Gajah?

Agak menggemparkan apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi sejak akhir-akhir ini telah mengesahkan di laman sosial Twitter bahawa PAS telah melesapkan dana tabung Memali di Baling, Kedah.

Sebagaimana maklum, sejak peristiwa Memali tercetus, tabung tersebut ditubuhkan bagi membela dan menyara para ibu tunggal serta anak-anak yatim yang ditinggal oleh bapa-bapa mereka yang meninggal dunia akibat insiden berdarah itu.

Malangnya, wang berjumlah jutaan ringgit yang dikumpulkan melalui derma dan sedekah dari orang ramai, termasuk para pemimpin UMNO itu dikatakan telah lesap begitu saja dan tidak sampai ke tangan waris-waris mereka yang terlibat di dalam tragedi tersebut.

Sebelum ini, seorang pemimpin PAS totok di Baling yang dikenali sebagai CN Afghani atau nama timangannya Cikgu Non berkali-kali mempersoalkan status tabung tersebut sehingga dia pernah menerbitkan sebuah buku berjudul “Airmata Memali”.

Buku yang mendedahkan bagaimana wang tabung itu disonglap oleh beberapa pemimpin PAS tertentu telah diharamkan oleh pucuk pimpinan parti itu dan Cikgu Non terpaksa berhadapan dengan pelbagai sekatan serta ugutan.

Meskipun dia merupakan dan masih lagi ahli PAS serta pernah mengkafirkan kedua ibu bapanya yang menyokong UMNO, Cikgu Non mengatakan bahawa partinya pernah menghantar samseng datang mengugut untuk membunuhnya sekiranya meneruskan kempen bongkar Tabung Memali itu.

Dalam masa yang sama, para pemimpin PAS pula ramai yang membisu mengenai skandal Tabung Memali itu yang masih gagal dirungkai sehingga hari ini.

Namun begitu, segelintir pemimpin PAS yang terasa pedasnya telah bertindak menafikan dakwaan Cikgu Non yang sebelum ini merupakan salah seorang pemegang amanah tabung tersebut.

Persoalannya, siapakah yang benar di antara mereka-mereka ini?

Pada pandangan Uruk, Uruk sendiri tidak tahu mengenai skandal yang membabitkan intergriti dan ketelusan PAS dalam menguruskan hal ehwal amanah dan tanggungjawab kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim Memali itu.

Bagi menghuraikan kekusutan Tabung Memali dan mengelakkan diri dari dosa fitnah yang selama ini menjadi amalan PAS, rasanya sebuah Jawatankuasa Suruhanjaya Bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Lagipun, adalah sangat memalukan umat Islam sekiranya kita gagal menunjukkan akhlak yang baik kepada golongan bukan Islam yang memerhati sikap dan moral umat Islam di Malaysia.

Persoalannya, bersediakah PAS untuk bekerjasama bagi menubuhkan Suruhanjaya tersebut?

Apa yang PAS nak takutkan? Bukankah selama ini para pemimpin mereka seperi Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr. Dzulkifli, Khalid Samad, Mat Sabu dan sebagainya selalu menyalak serta mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya pada isu-isu yang agak sukar dinilai?

Apakah PAS hanya berani untuk menyiasat isu-isu yang membabitkan agensi-agensi yang membabitkan kepentingan Kerajaan BN, tapi takut dan kecut perut untuk disiasat Suruhanjaya bagi isu yang melibatkan kezaliman mereka?

Lagipun, apakah PAS fikir mereka akan terlepas dari dosa mereka itu sekiranya mereka bersalah?

Dan tahukah mereka tentang hukum memakan harta anak-anak yatim?

Uruk mencabar mana-mana pemimpin PAS untuk bangun berdiri dan mencadangkan supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan tuduhan Cikgu Non dan sekaligus membuktikan intergriti serta ketelusan PAS.

p/s : Itupun kalau PAS berani. Kalau pengecut, baik simpan sajalah “anu” dalam almari di rumah…PPPPUUUIIIII!!!





Kredit Rakan FB Uruk.



UrukHai.

2 comments:

  1. pembetulan, bukan Dr. Asri Muda tapi Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Dr. Asri Muda bekas presiden PAS

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas teguran saudara pembetulan telah pun dilakukan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...