Followers

Thursday 29 November 2012

Di sebalik isu doa 'KO BN', Apa kata YB KJ ?!



Di sebalik isu doa 'KO BN', Pemuda Umno semalam "mendoakan" agar ahli-ahli parti pembangkang terutamanya Pas selamat buat selama-lamanya dan akan kembali ke pangkal jalan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjuangan Umno tidak seperti Pas yang sanggup mendoakan kehancuran orang lain demi kepentingan politik.

Menurutnya, perjuangan Umno tidak pernah terkeluar daripada landasan Islam, sebaliknya mempertahankannya.

Beliau berkata, Umno akan mendoakan kebaikan kepada parti itu untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpinnya yang gemar menyemai kebencian.

"Di bawah nilai Islam, pimpinan tertinggi Pas sanggup mendoakan kebinasaan Umno.

"Sesiapa sahaja yang mereka tak suka, mereka akan doakan lekas binasa.

"Tetapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli Pas selamat selamanya, dan suatu hari nanti mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno hari ini.

Sebelum ini, doa "K.O" yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno.

Doa itu dikatakan sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, jika doa yang dibuat oleh pembangkang itu diajar kepada anak-anak, keadaan nasib agama dan bangsa tidak akan baik.

Beliau berkata, apabila isu Islam dibangkitkan oleh orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat, ulama Pas terus membisu.

Sumber Sinar.



UrukHai.


No comments:

Post a Comment