Followers

Thursday 22 November 2012

SUARA HARAM JADAH GAGAL FITNAH KERAJAAN LAGI @ Tian Chua Nak Tunjuk Belang !!


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga bagi urusan pembelian aset pertahanan negara seperti kapal selam Scorpene, jet pejuang Sukhoi dan kenderaan berat, kata Timbalan MenteriPertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Menafikan dakwaan bahawa pembelian kapal selam Scorpene dilakukan melalui sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, beliau berkata urusan pembelian dilakukan antara kerajaan dan kerajaan.

"Saya buat penjelasan di sini bahawa kita tak pernah melantik mana-mana pihak ketiga dalam mana-mana pemerolehan aset sama ada kapal selam, kenderaan berat, Sukhoi, semua sekali urusan adalah kerajaan dengan kerajaan."

"Mindef tidak pernah ada apa-apa lantikan untuk lantik satu syarikat yang berdaftar di Hong Kong sebagai wakil untuk pemerolehan Scorpene," katanya ketikamenggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasabagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berhubung pembelian kapal selam Scorpene.Mengulas kehadiran kapal pengangkut George Washington milik Amerika Syarikat di perairan negara, Abdul Latif berkata semua pihak perlu pragmatik bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdagang dengan banyak negara. Bagaimanapun, katanya, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memberi kebenaran untuk singgah atau berlabuh di negara ini.


"Memang kita bersetuju tetapi yang ada bawa senjata nuklear sahaja kita larang, kita tak setuju. Semua negara Asean setuju (berhubung perkara itu) tetapi kalau kapal pengangkut yang berkuasa nuklear, tidak ada masalah."

"Amerika Syarikat tak boleh sebarang datang, ia perlu melalui semua SOP.Kita kena pastikan tidak ada kebocoran dari sudut radiasi nucklear kapal yangmereka gunakan, hanya selepas prosedur ini dipastikan, baru kita beri mereka lampu hijau untuk berlabuh atau singgah ," katanya.

Sumber Bernama.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment