Followers

Saturday, 18 May 2013

5 Tuntutan 'Haram Jadah' LKS Untuk Memperbodohkan Rakyat ??!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

LIMA PERKARA TUNTUTAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH LIM KIT SIANG ADALAH:

1. Tuntutan supaya pilihan raya yang adil. 

2. Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi

3. Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan 
dalam konteks perundangan dan hukuman

4. Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
.
5. Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Adakah hanya untuk kelima-lima mereka?

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran pandanglah dengan mata burung jangan melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

JAWAPAN PERSOALAN PERTAMA:
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk P. Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang sendiri yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di P.Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi? Begitu juga di Selangor dan Kelantan.

JAWAPAN PERSOALAN KEDUA:
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar Perlembagaan Negara biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T

JAWAPAN PERSOALAN KETIGA:
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?


Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen agresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

PERSOALAN KEEMPAT:
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

PERSOALAN KELIMA:
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya?



UrukHai.

Khas Buat Anwar Ibrahim -"Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".- Tunku Aziz


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberi nasihat ini kepada pemimpin pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".


Beliau berkata demikian ketika menggesa kerajaan menggunakan sepenuhnya undang-undang bagi menyekat penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara untuk membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Kata Tunku Abdul Aziz perhimpunan haram memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Pembangkang telah lama berhasrat memulakan 'Malaysia Spring' untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berkata pakatan merancang menimbulkan kekacauan sejak perhimpunan 'Bersih' pada tahun lepas lagi dan kini menukarnya menjadi bantahan di seluruh negara.

Bantahan ini, katanya, dirancang Anwar sebelum tarikh PRU-13 diumumkan pihak berkuasa.

"Semua kegiatan mereka menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan apa jua cara dan segala yang dilakukan Anwar dengan jelas bertujuan untuk mencapai matlamat itu.

"Anwar sepatutnya sudah sedar dan menerima sambutan pengundi terhadap partinya dengan bermaruah, bukan menabur fitnah tentang integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuat tuduhan liar serta tidak berasas mengenai berlakunya penyelewengan.

"Masanya sudah tiba untuk anda menunggang basikal politik anda yang sudah usang tu ke hujung dunia dan biarlah kami menjalani kehidupan kami," kata Tunku Abdul Aziz kepada Anwar.

Beliau diiringi bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat. BERNAMA


UrukHai.

Friday, 17 May 2013

Rahsia Anwar Dan SuaraHaram @SUARAM Terbongkar ??!!


Pakatan Pembangkang kini dilihat cuba berselindung disebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengerakkan usaha demonstrasi secara besar-besaran bertujuan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, pembangkang tidak perlu berselindung di sebalik NGO untuk melaksanakan agenda menjatuhkan kerajaan, kerana umum sudah mengetahui bahawa NGO-NGO tersebut adalah terdiri daripada orang-orang mereka sendiri.

“Kita tahu bahawa mereka cuba untuk menggunakan NGO bagi menjayakan matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan. Pakatan mendakwa bahawa NGO-NGO tersebut terdiri daripada rakyat Malaysia yang non partisan tetapi sebenarnya, mereka adalah ahli-ahli dan penyokong mereka.

“Jadi, apa yang jelas, mereka (pembangkang) menggunakan NGO untuk memperlihatkan seolah-olah mereka mendapat sokongan padu dari rakyat. Sedangkan, NGO-NGO yang terlibat itu merupakan orang-orang mereka juga tetapi cuba diperlihatkan atas gerakan rakyat Malaysia,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, penggunaan NGO-NGO dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan ini sememangnya telah lama berlaku di luar negara dan ianya ternyata ditaja oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

“Kita tidak dapat nafikan, kemungkinan wujudnya tangan-tangan ghaib yang memberikan bantuan kepada NGO-NGO yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang. Ini berdasarkan beberapa laporan baik dari akhbar media perdana, akhbar luar negara dan termasuklah akhbar milik pembangkang sendiri.

“Justeru itu, rakyat di negara ini harus sedar dan jangan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, yang telah dipilih secara sah melalui sistem demokrasi,” jelasnya.


Tambahnya, sekiranya rakyat terpengaruh dengan bertindak menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan ala ‘Arab Spring’, kemungkinan selepas itu keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini akan hancur dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

“Kita lihat contoh di Mesir, di mana selepas kerajaan Hosni Mubarak digulingkan, kini kerajaan yang dipimpin oleh Morsyi juga mengalami nasib yang sama. Jika dulu beliau antara yang menyokong kaedah ‘arab spring’ untuk menjatuhkan kerajaan, hari ini kaedah yang sama digunakan untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Sebab itu, jangan kita ajar rakyat untuk menggunakan cara yang salah bagi memilih kerajaan. Jika kita ajar rakyat menjatuhkan kerajaan dengan kaedah demonstrasi jalanan, ia tidak akan berhenti di situ saja dan akan berterusan tidak kira siapa pun yang memerintah.

“Akibatnya, segala kenikmatan, keharmonian dan pembangunan baik dari sudut sosial dan ekonomi akan hancur dan rakyat juga yang akan menderita akhirnya,” ujarnya. -MediaUMNO




UruHai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...