Followers

Sunday, 18 November 2012

EPISOD SATU Apa Benar Ini Sejarah Karpal Singh??!


Hugh Clifford Residen British, menulis di dalam “In The Corner Of Asia; The Story of Ram Singh” menghina Pejuang Melayu-Islam seperti Tok Gajah, Tokku Paloh dan lain-lainnya, dengan seburuk-buruknya penghinaan.

Untuk memuat turun artikel Hugh Clifford  : Klik Sini

Di waktu yang sama seorang Polis British yang bernama Ram Singh dipuji-dipuja atas kepahlawanannya dalam Peristiwa Berdarah Sungai Lembing.

Ram Singh yang cedera parah dan hampir mati diserang keris-lembing Pejuang Sabillilah Melayu-Islam mungkin ada meninggalkan keturunannya di Tanah Melayu ini.

Ram Singh juga dapat meloloskan diri dengan menaiki sampan sehingga ke Pulau Tawar.

Golongan penentang telah cuba mendapatkan bantuan dari Tok Raja dari Pulau Tawar tetapi gagal. Hal ini menyebabkan penentang telah cuba membina kubu pertahanan di Jeram Ampai.

Satu angkatan tentera British yang besar telah menyerang Jeram Ampai dan menawannya pada 29 Jun 1894. Akhirnya golongan penentang telah berundur ke Kelantan dan Terengganu.

persoalanya..

Uruk dan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu adakah Ram Singh ini adalah BAPA kepada Karpal Singh a/l Ram Singh??


Sekiranya sedemikian, Karpal Singh wajib meminta maaf kepada orang Melayu-Islam khususnya di Pahang atas tindakan bapanya Ram Singh menentang orang Melayu-Islam sewaktu era pemerintahan British dahulu.

Berikut adalah sejarah awal beliau.

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Mungkin ada hikmahnya beliau terpaksa menggunakan kerusi roda hingga ke hari ini agaknya..

Untuk mengetahui sejarah keterlibatan Karpal Singh a/l Ram Singh di arena Politik tanah air Klik Sini


Jika benar Karpal Singh ini adalah anak kepada Ram Singh yang menjadi balachi tegar puak British dulu, adakah beliau sedang meneruskan legasi perjuangan bapanya untuk menentang orang Melayu-Islam?

Tunggu episod yang Seterusnya nanti.

Tungguuuu......



UrukHai.

1 comment: