Followers

Friday, 14 December 2012

AES : Apa Yang Tidak Kena Pulak Kali Ini ??!!



Telah banyak yang diperkatakan berkenaan AES. Pelbagai pihak meluahkan rasa tidak senang dengan pendirian Kementerian Pengangkutan yang mahu meneruskan pengunaan sistem tersebut. Ahli Parlimen, persatuan pekerja, NGO dan pengguna juga bersuara. Hairannya kenapa penguatkuasaan AES ini harus ditentang dan dipolitikkan? Di Singapura sendiri AES in sudah lama dilaksanakan. 

Pengunaan AES tidak harus dipertikaikan dan ia harus diteruskan. Syabas kepada Menteri Pengangkutan kerana berkeras untuk meneruskan penggunaannya.

Kenapa harus takut kepada AES kalau kita memandu secara berhemah dan lupakah kita betapa pentingnya semua pihak menjaga keselamatan di jalan raya?

Bila angka kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat, semua pihak menuding jari kepada pihak berkuasa kerana tidak menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Ironinya pihak sama juga yang menentang apabila sesuatu sistem penguatkuasaan demi menjaga keselamatan nyawa pengguna jalan raya diperkenalkan.





AES tidak perlu dipolitikkan. Ia hanya mempunyai satu matlamat dan tujuan iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan membawa pemandu yang angkuh dan tidak tahu undang-undang ke muka pengadilan.

Mungkin mereka yang menentang ini ialah pelaku kesalahan jalan raya tegar. Kalau tidak mengapakah mereka bersungguh-sungguh menentang atau mencari jalan agar penggunaan AES ini ditangguhkan dengan alasan kebanyakan pemandu harus diberi masa untuk menyesuaikan diri.

Apakah ini bermaksud semua pemandu di negara ini buta undang-undang atau lulus lesen pemanduan mereka secara 'under table'? Apakah pemandu-pemandu kita tidak diajar apa yg boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berada di jalan raya? Sebenarnya apa kena mengena penguatkuasaan AES dengan ahli politik? Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam perkhidmatan awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman juga bersuara agar penguatkuasaan ditangguhkan bagi membolehkan kakitangan awam menyesuaikan diri dengan sistem ini. Hakikatnya orang-orang sama juga melenting dan marah apabila setiap kali angka korban akibat kemalangan meningkat.

Antara alat yang digunakan bagi melarikan diri dari sistem AES.
Ianya juga salah dari sisi undang-undang!!

Rata-rata kita juga pemandu dan jika kita bersalah, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana memandu tidak mengikut peraturan dan melanggar undang-undang jalan raya. Ini adalah hakikatnya, semua pemandu tidak harus menyalahkan pihak berkuasa jika mereka melakukan kesalahan baik di jalan raya atau dari apa segi sekalipun. Yang salah tetap salah dan harus berani menanggung akibatnya. Janganlah kita menentang sesuatu yg baik hanya kerana kita sebahagian daripada pelaku kesalahan yg ingin dibanteraskan.

Mungkin dengan penggunaan AES ini, nyawa kita atau keluarga kita dapat diselamatkan daripada menjadi sebahagian daripada angka korban jalan raya di negara ini. Berani kerana benar, takut kerana salah, jelas sekali sistem AES tidak sepatutnya dihentikan kerana ia mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Pemandu Malaysia mempunyai masalah ‘atitude’ pemanduan kenderaan dimana mereka sering kali melakukan kesalahan jalanraya dengan sambil lewa. Jika tertangkap dengan pegawai polis, mereka akan merayu dengan pegawai tersebut supaya dilepaskan, pegawai polis pula bersikap lembut hati memaafkan mereka dengan syarat mereka tidak mengulanginya paling tidak pun menerima saman. Tetapi pemandu sebegini, masih juga melakukan kesalahan jalanraya.

Dengan adanya AES, pesalah jalanraya dapat dikenalpasti secara cepat dan tangkas. Sebagai contoh kemalangan bas yg meragut nyawa penumpang boleh dikurangkan sekaligus. Apakah anda tidak mahu? sungguh pelik dengan alasan yg diberikan oleh pelbagai pihak yang mengatakan AES akan menyusahkan pemandu dan rakyat Malaysia. Jika semua pemandu, memandu dalam had laju yg ditetapkan, kamera tidak akan menangkap gambar anda dengan kereta anda. Logik? Jadi kenapa takut dengan AES?


Satu lagi sebab yg diberikan ialah menjadi mangsa keadaan. Ada segelintir katakan bahawa jika kenderaan dihadapan terlalu laju dan terlepas dari kamera AES maka kereta kedua akan ‘terkena’ dalam gambar AES. Wahai para cerdik pandai sekalian, kamera yg dipasang bukanlah kamera murahan yg boleh didapati di Chow Kit atau di Road walk Penang, Kamera tersebut ialah kamera perangkap laju. Ia dibina untuk menangkap gambar kereta yg meluncur dengan laju. Jadi janganlah kita takut. Jangan gunakan alasan semata-mata mahu melepaskan diri daripada AES.

Namun kita juga sokong bahawa kawasan pemasangan AES perlu strategik dan kena pada tempatnya. Sememangnya pemasangan kamera AES dihadapan persimpangan trafik hospital tidak masuk akal. Maka sistem kamera ini perlu perlu dikaji dan pelan lokasi ditambah baik.

Apa yang perlu diperbaiki adalah :

1) AES tidak patut dihentikan operasinya dan perlu diteruskan.

2) Lokasi pemasangan kamera AES dalam bandar perlu dikaji dan bersesuai dengan tempatnya.

3) Kamera AES yang diletakkan di lebuhraya tidak perlu dihentikan operasinya.

4) Pengampunan kali pertama dan terakhir diberikan kepada pesalah traffik AES (sekali sahaja)

5) Kerajaan mengambil alih 100% pengurusan AES ini.

6) Modul kursus memandu perlu dikaji balik dan bersesuai dengan masa kini.

7) Kerajaan harus tegas dalam ‘educating’ pemandu malaysia ini, jadikan ia sebagai teladan.

AES tidak akan menyusahkan sesiapa sahaja, asalkan mereka ikut hadlaju dan peraturan jalan yg ditetapkan. Sila mainkan peranan anda sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab. Sistem AES telah digunakan dibanyak negara maju dan ia terbukti keberkesanannya dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Jadi kenapa bagi alasan yg tak masuk akal ?


Sumber Rakan FB Uruk.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment