Followers

Thursday 20 December 2012

18 SG !! Seram Malam Jumaat !! Penampakan Wanita Ghaib Di Terengganu


Seperti yang telah Uruk janjikan pada pembaca blog, entri kali ini lebih seram dan mungkin akan membuatkan kita berfikir adakah penampakan tersebut adalah benar ataupun tidak.

Kejadian ini berlaku betul-betul dihadapan cermin pintu masuk kedai 24jam 7eleven di Terrengganu, Uruk merasakan ia adalah penampakan yang jelas dan pada pendapat Uruk ia juga bukan manusia, kerana diakhir kejadian tersebut penampakan itu terus hilang ataupun ghaib begitu sahaja.

Mana mungkin manusia akan ghaib ataupun hilang macam tu saja, ingat iklan biskut 'chipsmore' ka?..hehe. Terpulang pada anda untuk menilainya.

Dan ianya dirakam secara tidak sengaja melalui kamera CCTV yang berada didalam kedai 7eleven tersebut.

Jika diamati betul-betul pada wajahnya,ia sebenarnya tidak menunjukkan rupanya yang sebenar namun  jika   dilihat dengan mata kasar, mukanya hanya seperti mayat yang sedikit lebam dan kehitaman.siap berbeg tangan lagi tau...

Sama-sama kita saksikan : 


'Respect' Uruk tengok  pekerja lelaki itu kerana sanggup keluar dan melihat siapakah yang berada diluar kedai tidak kira manusia ataupun sebaliknya, (Kalau Uruk, 50-50 jer nak pergi tengok).hehe.

Ini kerana pekerja tersebut mungkin merasakan sesuatu yang pelik atau ganjil yang sedang menghampiri kedai tersebut.

Nasihat Uruk, lebih baik jangan dilihat kerana bimbang, sekiranya kita lemah maka mudahlah 'benda'  yang tidak dingini merasuki kita ataupun menumpang dijasad kita dan jikalau mahu juga lihat pastikan ilmu didada itu  cukup untuk menangkisnya.

Apa-apapun Uruk boleh katakan adalah, Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan kuasa Allah SWT.

P/s : Seram noo.....



UrukHai

No comments:

Post a Comment