Followers

Sunday, 9 December 2012

DEDAH !! Kenapa Nik Ajis Tak Mahu Sangat Letak Jawatan ??!!



Ada udang disebalek mee rupanya .... Kutipan derma bagi lebuhraya yang berjuta ringgit tu pun dengar khabarnya entah kemana lesapnya, nak selenggara tanda perasmian pun tak mampu.


Tengok tu, papan tanda perasmian pun boleh hilang. Jangan terperanjat kalau esok-esok wang derma Lebuhraya pilihanraya itu pun lesap. Kemanalah agaknya menghilang wang derma yang berjuta-juta tu ? .... kalau benda kecil sebegini pun tidak mampu nak diuruskan penyelenggaraannya. Bagaimana mahu memerintah negara pulak nanti. ?

Yang diumumkan masa pelancaran projek guna nombor akaun lain, sekarang ini dah tukar ke nombor akaun lain pulak. hakikatnya memang banyak betul perkara-perkara tersembunyi yang berlaku dalam Pas. Cuma diketahui oleh kroni-kroni rapat saja .

Tapi bak kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru ... sekarang rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka ?

1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yg bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997.

2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing yg nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .

3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.

4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yg nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.


Guano nih Pok NIk ......... tak cukup ke komisyen balak yg berselindung atas nama 'Ladang Rakyat' tu ....?



Sumber Rakan FB Uruk.



UrukHai.

3 comments:

  1. Kalau siarkan semua tanah yg dimiliki oleh semua YB (Ahli DUN & Parlimen) termasuk kerabat masing-masin tentu seronok dibaca dan boleh dibuat kajian. Yg dah terlebih kaya tu kita pakat jangan undi PRU13 nanti.

    Kita nak YB yg membela Rakyat bukannya yg menngayakan Kerabat masing-masing.

    Boleh ?

    ReplyDelete
  2. Knp tk bgkr kisah idup pemimpin bn Dan kroninye

    ReplyDelete
    Replies
    1. belambak lambak ehh pemimpin umno yang kurup.sampai dah lali dengan issue itu.ni lah pula nak dengar perangai pemimpin PR pula.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...