Followers

Saturday 22 December 2012

18 SG !! SERAM SABTU !! Betul Anda Mahu Melihat Hantu ??!!


Seram Sabtu kali ini Uruk bawakan khas untuk pembaca 'SERAM MALAM JUMAAT' dan 'SERAM SABTU', juga pada malam ini Uruk mahu berkongsi dengan pembaca tentang 12 gambar-gambar seram yang tidak sengaja dapat dirakam oleh kamera.

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia.

Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran.


Gambar 1. HANTU BUDAK CINA.


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008. Uruk tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.



Gambar 2. ROH @ HANTU BERTUDUNG AYU (Ayu Ker??)

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.



Gambar 3. HANTU BATU NISAN.

Cuba perhatikan di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.



Gambar 4. ROH @ HANTU GADIS EKSIDEN.

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.



Gambar 5. HANTU BALAI POLIS.

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.



Gambar 6. HANTU PEGANG BATU NISAN.

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.



Gambar 7. HANTU POCONG DI KAWASAN KILANG.

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.



Gambar 8. IMEJ YANG TIDAK DIKENALI

Gambar ini juga terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.


Gambar 9. HANTU "BLANK" KEBAYA.

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.



Gambar 10. HANTU BUDAK PEREMPUAN RAMBUT PANJANG.

Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di I-City, Shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakah amoi (Hantu) sama sibuk nak 'berposing'  ke atau pun benar-benar penampakan hantu.




Gambar 11. HANTU KEPALA.

Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.



Gambar 12. HANTU @ ROH PEREMPUAN INDIA.

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90'an.



P/s : Seram bulu tengkok weii !!


UrukHai.

2 comments:

  1. Mana2 blog nkau ada ibu..

    ReplyDelete
  2. goblob konon bersyukur .. nikmat kebendanya ibu hayati kalo dah berjudi tu haram jadah ... tui

    ReplyDelete