Followers

Sunday, 23 December 2012

Puak PAS Ni Ada Teloq Ka ??!!



Portal HarakahDaily pada hari ini telah melaporkan bahawa PKR dan PAS menolak cadangan supaya setiap calon perlu ditapis SPRM.

Mereka memberi alasan dengan mengatakan SPRM itu sendiri tidak berwibawa, mempersoalkan siapakah individu di dalam SPRM yang akan membuat tapisan tersebut dan pelbagai lagi alasan untuk menolak cadangan tersebut.

Adakah mereka ini takut sebenarnya untuk membuat pemeriksaan?

Malah, Mustapha Ali, Setiausaha Agung PAS berkata kepada harakah, PAS mempunyai mekanismanya sendiri dan tidak memerlukan badan luar untuk membuat tapisan.

Sama ada Mustapha Ali tidak faham dengan kaedah audit dari luar ini ataupun beliau mempunyai sesuatu untuk disembunyikan.

Nampaknya isu tapisan calon oleh SPRM ini telah menakutkan kedua-dua parti PAS dan PKR ini. PAS dan PKR kini sudah tidak senang duduk memikirkan perkara ini.

Hanya mereka yang bersalah sahaja takut dengan tapisan sebegini. Sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa untuk disabitkan kesalahan, maka mereka tidak perlu takut.

Bukan setakat itu sahaja, kewibawaan dan kecekapan pegawai-pegawai SPRM telah dihina secara terbuka oleh Saifuddin Nasution.

Nampaknya cadangan ini telah berjaya 'menjolok lubang yang betul untuk mengeluarkan ular-ular yang bersarang' di dalamnya.


Sumber Klik Sini.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...