Followers

Saturday 29 December 2012

Lagi DEMO Di Pulau Pinang !!



GEORGETOWN - Kira-kira 100 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
   
Mereka mendakwa kenyataan itu berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
   
Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam di sini, selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membawa sepanduk dan kain rentang, sebelum menyerahkan satu memorandum kepada wakil kerajaan negeri.
   
Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan yang diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Perkasa, dan anggota-anggota Pas.
   
Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata demonstrasi itu bagi melahirkan rasa marah umat Islam berhubung kenyataan Guan Eng selain mendesak Setiausaha Agung DAP itu menarik balik kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan perbalahan kaum.
   
"Amat jelas sekali, kandungan perutusan berkenaan sangat biadab, serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
   
"Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara ini," katanya kepada pemberita di lokasi perhimpunan di sini hari ini. - Bernama

Lagi Gambar : Klik MMI.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment