Followers

Thursday 14 February 2013

Nik Ajis Tengok Hadi Awang, Hadi Awang Tengok Nik Ajis ??!!



Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah mengisytiharkan wajib mengundi UMNO atau Barisan Nasional dan sebaliknya haram mengundi Pakatan Rakyat apabila Pas didakwanya sudah mula terpesong jauh daripada memperjuangkan Islam.

Pengisytiharan tersebut dibuat di surau Pondok Geting (An-Najmiah), semalam yang dihadiri kira-kira 50 NGO dari Ummati Tanah Air, Pendidikan Fakta (Pendita) Minda Pondok, Selamat Tinggal Pas dan Ikatan Cendekiawan Negeri Kelantan.

NGO tersebut sepakat hadir untuk mengisytiharkan haram mengundi Pakatan Rakyat berdasarkan nas-nas yang dijelaskan mengikut al-Quran, hadis, ijmak ulama dan kitab-kitab muktabar. 

Aktivis Ummati Tanah Air, Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata, haram mengundi Pas kerana Pas sudah terpesong daripada perjuangan asal apabila meletakkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) sebagai sandaran mereka untuk menjalinkan kerjasama di antara PKR dan DAP.

Katanya, sebelum tahaluf, Pas mahu menubuhkan negara Islam namun selepas tahaluf Pas mahu menubuhkan negara berkebajikan, begitu juga sebelum ini ingin melaksanakan hudud tetapi kini bukan lagi agenda utama Pas.

“DAP telah secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan menegah dari melaksanakan hukum hudud. 
“Pas hanya mendiamkan diri kerana mereka hanya menggunakan isu hudud untuk memancing undi,” katanya. 
Menurutnya, itu jelas menunjukkan Pas bukan lagi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya DAP adalah parti yang dominan. 

“Apabila di Selangor dibuka kilang daging khinzir, arak dijual secara berleluasa, rumah urut berleluasa, Pas hanya berdiam diri.

“Begitu juga dengan isu kalimah ALLAH apabila sampai ke hari ini PKR dan DAP masih berpegang dengan keputusan mesyuarat mereka bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu tanpa menghiraukan keputusan Majlis Syura Pas, ” katanya. 

Bagi ribuan penyokong2 PAS akar umbi yang mengaji agama tak setinggi mana, eloklah mengikut jejak ulamak-ulamak dan NGO-NGO Islam ini yang hanya mahu melihat Islam di Malaysia dipelihara dan dijamin dengan baik. Kecenderungan ulamak dan NGO itu bukan berasaskan kepada pertimbangan politik sebaliknya mengambil kira kepentingan Islam dan umat Nabi Muhammad SAW.

Keputusan mereka menyokong BN bukan kerana BN itu sebuah parti yang amat sempurna. Sepertimana kata Ustaz Kazim, sekurang-kurangnya kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO telah dapat membukti malahan sudah berjaya memertabatkan Islam di Malaysia ini. Oleh kerana UMNO menjadi teras dalam kerajaan BN, sudah pasti suara UMNO didengar.

Ditambah lagi perlembagaan UMNO adalah jelas memertabatkan perjuangan Islam, sama seperti PAS tetapi sama sekali tidak sama dengan PKR dan DAP.

Jika menyokong PR jika PR menang bermakna umat Islam di Malaysia memberi kekuatan kepada DAP untuk menentang penubuhan negara Islam dan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh gereja. Pengalaman kita sehingga ke hari ini, Karpal Singh dan Guan Eng tidak pernah menarik balik dan memohon maaf kepada umat Islam walaupun puluhan NGO mendesak mereka berbuat demikian. 

Begitulah hebat dan degilnya pemimpin DAP yang menjadi sahabat baik kepada TG Nik Aziz dan Haji Hadi Awang.Oleh itu penyokong2 PAS perlu berfikiran terbuka. Terimalah pandangan ulamak-ulamak dan pemimpin2 NGO Islam yang lebih mengetahui parti mana yang sewajarnya menjadi keutamaan pengundi2-pengundi Islam. Hanya UMNO / BN terbukti menjaminkan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.




UrukHai.

No comments:

Post a Comment