Followers

Sunday 10 February 2013

Weeeiihhh Nik Ajis...Mu Ghecek Gapo Lagi Rakyat Mu Dah Nak Tukor Mu Deh..??!!



Perkarangan Bangunan SUK Negeri Kelantan pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan pemuda yang memakai t-shirt tertera huruf 'T', kumpulan pemuda yang diketuai oleh Kamarudin Kasim bertindak menyerahkan satu memorandum yang menuntut kerajaan memberikan penjelasan kepada anak-anak Kelantan terhadap isu tanah yang melanda negeri tersebut.

Demontrasi aman ini merupakan demontrasi yang kedua sepanjang saya di Kelantan, sebelum itu satu demontrasi turut diadakan oleh mangsa kezaliman PAS Kelantan di Pasir Pekan.

Dalam perhimpunan tersebut beberapa mangsa tampil memberikan penjelasan selain menunjukkan bukti-bukti bahawa tanah mereka telah diambil oleh kerajaan negeri sekaligus menafikan hak mereka sebagai anak Kelantan.

Adakah ini petanda bahawa rakyat Kelantan mula membuka mata mereka di atas segala pembohongan yang dilakukan oleh PAS sejak mereka memegang tampuk pemerintahan negeri?

Ikuti Kenyataan Pengerusi Gerakan TUKAR di blog Tukar-Kelate :


Memorandum ini merujuk kepada isu pajakan tanah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) kepada Syarikat UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. seluas 10,526 ekar di RELAI, GUA MUSANG. 
Syarikat UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. kini dimiliki kepentingannya oleh dua pemimpin DAP PERAK iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. 
Kami rakyat Kelantan ingin menuntut Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan kepada kami beberapa perkara berkenaan isu pajakan tanah milik negeri kepada mereka yang berkepentingan dalam GABUNGAN PAKATAN RAKYAT. 
1) Sudah tiadakah syarikat2 milik bumiputra atau syarikat milik bukan bumiputra peranakan Kelantan yang mampu menjayakan satu satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada sebuah syarikat yang hanya baru berusia setahun? 
Apakah kaedah penilaian yang digunakan oleh pihak Lembaga Pengarah YIK yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu dalam mewajarkan tawaran kepada SYARIKAT UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. pada OGOS 2005?




UrukHai.

No comments:

Post a Comment