Followers

Thursday, 21 February 2013

'Comfirm' Kelantan Di Terajui BN Selepas PRU13 ??!!


Derita rakyat Kelantan semakin bertambah apabila semakin banyak kawasan balak dirampas oleh kerajaan PAS pimpinan Nik Aziz. Luahan dan rayuan rakyat tidak diendahkan malah alasan untuk pembangunan sektor pertanian digunakan bagi mengusir peneroka asal tanah di beberapa kawasan di Kelantan.

Tujuan mereka tidak lain hanyalah bagi mengaut keuntungan hasil pembalakan disana. Semuanya berjalan dengan licik oleh golongan pemerintah negeri taklukan PAS. 

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan Aktiviti pembalakan ini ialah Lojing, Jeli, Nenggiri, Dabung, Bertam dan Kuala Betis. Pelbagai luahan masyarakat tempatan tidak dipedulikan mereka menyebabkan sokongan terhadap PEMBANGKANG terutamanya PAS semakin pudar.

Perlakuan pentadbir PAS terhadap masyarakat peneroka Kelantan tak ubah seperti penindasan pentadbiran Amerika kepada kaum asli Red Indian. Rakyat Kelantan mula membentak menyatakan ketidak puasan hati mereka dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

PRU 13 ini bakal mencetuskan satu kebangkitan rakyat Kelantan dalam memperbaharui dasar pentadbiran parti. Rakyat sudah muak dengan janji PAS, tak pernah ditunaikan walau satu manifesto sekalipun.

Apakah nasib rakyat kelantan selepas ini jika mereka kekal dengan pemerintahan diktator Parti PAS? Jika kini tanah rakyat digondolkan untuk tujuan pembalakan, tak mustahil pada masa akan datang nanti lagi teruk daripada ini. Acu Sepenggal BN...TUKAR!!!!


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...