Followers

Monday 25 February 2013

PAS Dan UMNO Digesa Bersatu Demi Alif Ba Ta ??!!



Anak kepada bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menyarankan PAS dan Umno kembali mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama politik demi kepentingan Melayu dan Islam.

Ahmad Fauwaz Fadzil yang merupakan penceramah bebas berkata kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu menjaga kedaulatan agama dan kepentingan orang Melayu.Justeru katanya, PAS dan Umno harus bersatu dan berganding bahu menggalas amanah menjaga negara sebaik mungkin."Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan."Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.Lontaran cadangan dari Fauwaz itu dilihat bertitik tolak daripada beberapa insiden yang berlaku membabitkan kedaulatan agama Islam yang akhir-akhir ini sangat membimbangkan umat Islam di negara ini.

Sikap agresif parti pembangkang yang mahu 'merampas' hak esklusif umat Islam apabila menuntut kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Lebih memburukkan keadaaan apabila terdapat segelintir pemimpin Islam menyokong tuntutan itu yang dilihat oleh penganalisis politik sebagai strategi mereka untuk memaut undi golongan bukan Islam terhadap mereka.

Pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bersidang dan memutuskan kalimah itu tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia akan menimbulkan kekeliruan yang nyata.Namun ketetapan itu tidak didokong sepenuhnya oleh rakan kompenannya PKR dan seakan-akan ditolak sepenuhnya oleh DAP. Ia boleh dilihat menerusi reaksi Pengerusinya, Karpal Singh yang berkali-kali meminta PAS mengkaji semula keputusan yang dibuat itu.Terdahulu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan ahli akar umbi PAS mendesak parti Islam itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana prinsip PAS tidak diendahkan dan tidak dihormati dua rakan kompenannya yang lain.



UrukHai.

No comments:

Post a Comment