Followers

Thursday, 7 February 2013

DAP Takut 'BENDERA' BN ??!! Baru Bendera...


DAP sebenarnya sedang berada diambang kejatuhan dan ketakutan, kita boleh lihat dengan mata kita sendiri mengenai apa yang berlaku di Pulau Pinang dan diseluruh negara hari demi hari.

Jikalau pasal bendera dinaikkan pun puak-puak ini takut, apatah lagi dihari Pilihanraya 13 nanti ?

Persoalannya, Apa yang DAP nak takut ? Ikuti pula berita dibawah mengenai ini : 
Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana menurunkan ratusan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang bagi menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini semalam.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap bersikap tidak adil apabila banyak lagi bendera parti-parti pembangkang yang digantung tidak dikenakan tindakan sama oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Menurutnya, jika benar tindakan penguatkuasaan itu atas alasan tiada permit, beliau mencabar MPPP membuktikan bendera parti-parti lain yang digantung di kawasan-kawasan awam mempunyai kebenaran bertulis.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang macam tiada kerja lain. Perkara yang remeh-temeh pun nak ambil tindakan.
"Mereka mungkin trauma dengan sokongan rakyat terhadap BN hingga tengok bendera pun rasa takut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini.
Musa menambah, beliau mahu rakyat menilai sendiri bentuk kerajaan yang dipimpin Guan Eng dan membezakannya dengan pentadbiran BN dahulu.
"Rakyat boleh lihat sendiri, inilah kerja dan sikap dia (Guan Eng)," ujarnya
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan memberitahu, beliau menerima maklumat MPPP menurunkan bendera BN di sekitar kawasannya pada kira-kira pukul 4 petang semalam lalu bergegas ke tempat kejadian
Jelasnya, beliau sempat menghalang perbuatan tersebut dan meminta jasa baik anggota-anggota penguat kuasa MPPP agar tidak meneruskannya sehingga Timbalan Perdana Menteri pulang ke ibu negara sebagai menghormatinya.
Sumber My Penang Online


UrukHai.

No comments:

Post a Comment