Followers

Sunday, 3 February 2013

Terkini : PSY Batalkan Hasrat Untuk Ke Malaysia Kerana 'Mat Sabu' ??!!



Penyanyi lagu Gangnam Style, Psy akan mengadakan persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari ini. Psy yang terkenal di seluruh dunia dengan tarian ala kuda itu diundang bagi memeriahkan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Penyanyi yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 pengunjung yang akan berhimpun di kawasan pekarangan Sekolah Tinggi Han Chiang.

Majlis rumah terbuka yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 petang itu dijangka turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehadiran penyanyi itu diumumkan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri, Tan Cheng Liang dalam satu majlis di Pulau Pinang. - Utusan

Yang bawah ni Uruk nak cerita pulak

Berikutan itu Psy yang dijangka akan hadir pada Tahun Baru Cina kali ini membatalkan hasrat untuk datang ke Malaysia kerana beliau terpaksa akur kepada 'Appa Mat Sabu Style' yang akan menghiburkan pada hari tersebut.

Psy terkilan dan terpaksa memohon maaf ketidak hadiran beliau pada hari itu kerana pada pendapat Psy, 'Mat Sabu' sebenarnya lebih layak 'menghiburkan rakyat' terutamanya di kawasan beliau sendiri di Pulau Pinang.

Mat Sabu dalam pada itu menyatakan 'tarian' beliau lebih baik jika mahu di bandingkan dengan Psy.-katanya





hahaha....jangan marah Noo..!!

appa Mat Sabu Style !!

UrukHai.

No comments:

Post a Comment