Followers

Sunday, 3 February 2013

Isu Kalimah Allah : DAP Paksa PAS Ikut Telunjuk DAP ??!!


Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," 

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.

Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...