Followers

Thursday, 21 February 2013

Sebenarnya Bekas Tunang Fizz Fairuz 'BUKAN ISTERI' Orang Pulak ??!!



Bukan setakat kami, malah semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin. Klik Sini

Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki bernama Ramli (bukan nama sebenar) yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. Ya, isteri kedua.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – Ramli dipetik dari Berita Harian.

Ramli yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melakukan perkara sedemikian.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” ujar Ramli merujuk pada bekas tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela.

Dan ini pula kenyataan yang dibuat oleh Azlyn menafikan yang dia telah berkahwin...Yang mana satu betul ni??

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.

Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. 
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. 
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”
Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?




UrukHai.

No comments:

Post a Comment