Followers

Saturday, 9 February 2013

Habislah PKR Di Permatang Pauh Kali Ini, Najib Letak Calon Dah...??



Siapakah gerangannya calon yang bakal membawa misi Barisan Nasional bagi menghadapi Pakatan Haprak di Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya nanti ? Pasti ramai yang dah tak sabar untuk mengetahuinya kan ?

Macam biasalah ampa semua kena tunggu sikit masa lagi sebab yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri adalah calon bagi kerusi parlimen di Putrajaya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya kelmarin.

Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.


Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya. 

Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.

Kredit MMI


UrukHai.

No comments:

Post a Comment