Followers

Tuesday 5 February 2013

BN Sebenarnya Ikhlas Laksana Tanggungjawab Pada Rakyat !!



KUALA LUMPUR -  Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerajaan pusat pimpinan BN merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai wawasan terancang untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat.
   
Beliau berkata, keikhlasan BN dalam melaksanakan tanggungjawab itu tanpa memikirkan 'survival' politik parti semata-mata membezakannya dengan parti-parti politik lain.
   
Pembangkang, katanya, lebih fokus kepada kelangsungan parti dan sanggup mengkucar-kacirkan suasana harmoni negara melalui isu-isu perkauman, agama dan bangsa.
   
"Kerajaan ini, walaupun kita tidak sempurna tapi kita nak bawa berubah. Kita ingin bergerak ke depan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan perubahan yang lebih baik," katanya semasa berucap pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di sini malam tadi.

Program sehari itu mengumpulkan pemimpin pelajar Malaysia dari universiti tempatan dan luar negara bagi berbincang dengan pemimpin kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat dan pemimpin belia.
   
Tengku Adnan berkata, dalam tempoh lebih 50 tahun BN mentadbir negara, pelbagai kemajuan telah dicapai berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal melaksanakan janji mereka.
   
Untuk membantu kerajaan BN memperbaiki perkhidmatannya kepada rakyat, Tengku Adnan berkata, golongan muda terutama pelajar boleh mengutarakan idea dan pandangan melalui pelbagai saluran temasuk Facebook dan Twitter.
   
Beliau turut menasihati golongan muda supaya menilai dengan teliti apa dilempar pembangkang termasuk melalui laman-laman blog sebelum membuat sebarang kesimpulan. - Bernama


UrukHai.

No comments:

Post a Comment