Followers

Wednesday, 6 February 2013

BN Kini Semakin Hampir Ke Tangga Kemenangan ??!!


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang walaupun ianya bukan perkara mudah. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perubahan sikap pengundi yang kini dilihat mula menolak kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran isu yang dibangkitkan olehnya sendiri.

 "Ia bukannya mustahil, tetapi ia bukan mudah kerana kita menerima hakikat kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera BN Pulau Pinang, di sini hari ini.

 Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang sememangnya tidak lagi gemar dengan kepimpinan Guan Eng yang disifatkan seperti memonopoli semua perkara termasuk penggunaan nama negeri Pulau Pinang.

 "Hendak menggunakan nama negeri pun kini terpaksa dirujuk kepada beliau dan inilah tafsiran rakyat walau apa sekali pun alasan yang diberikan (oleh Guan Eng)," katanya.

 Bagi BN, kerajaan pusat mementingkan bantuan kepada rakyat dan disebabkan itu rakyat mula membuka mata kerana ia telah memberi impak besar kepada kumpulan sasar, katanya.

 Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata inisiatif kerajaan pusat seperti program transformasi, bantuan kepada kumpulan sasar dan sentuhan nadi merupakan sesuatu yang agak digeruni pihak pembangkang.

 Beliau berkata terdapat satu perubahan yang jelas di kalangan rakyat Pulau Pinang berbanding dahulu kerana beberapa golongan masyarakat tidak berpuas hari tentang apa yang berlaku di negeri ini dan ini ada impak daripada segi tahap sokongan yang BN dapat.

 "Namun kita perlu beri penjelasan, penerangan tentang isu berbangkit supaya tiada pihak yang eksplotasi pemikiran rakyat sehingga mereka terkeliru.

 "Kekalahan kita dahulu bukan kerana pihak pembangkang kuat, tetapi ada isu dalaman di kawasan itu yang kini dapat diselesaikan. Ada peningkatan sokongan dan kecenderungan untuk kembali menyokong BN agak jelas sekarang berbanding dahulu," katanya.

 Sementara itu, semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) negeri, Muhyiddin mengingatkan jentera PDM supaya jangan berbalah, tetapi perlu sentiasa bekerjasama bagi memperkukuhkan BN negeri.

"Kalau kita sama kita berbalah, musuh mudah serang dan mudah kalah, elakkan daripada timbulkan masalah. Kalau rasa ada tidak seronok atau selesa, simpan dulu dan selesaikan selepas pilihan raya," katanya kepada kira-kira 1,500 anggota dari 345 PDM di seluruh negeri yang hadir pada majlis itu.

Katanya jentera PDM adalah hulubalang "untuk berperang" pada pilihan raya umum nanti dan dengan itu perlu fokus bagi memastikan BN kekal sebagai sebuah kerajaan.

"Kita telah hantar jentera PDM untuk berkursus...Inilah masanya untuk terjemahkan kepada rakyat terutama pengundi di kawasan mereka...pengundi adalah 'raja' yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan BN.

"Tapi saya percaya tahap kesiapsiagaan PDM di Pulau Pinang berada pada momentum terbaik dan mereka telah lama bekerja keras demi kejayaan parti," katanya.



P/s : Kena kerja keras lagi beb, tak cukup lagi ni, apa yang dah cukup sekarang ialah kita sudah pun menang!  !


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...