Followers

Thursday, 21 February 2013

Alamak 'JEM' Tunang Fizz Fairuz Isteri Orang ??!!


KUALA LUMPUR – Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
“Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.
“Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.
“Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.
“Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.
“Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni,” ujarnya.
Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.
“Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.
“Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.
“Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut,” jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut..

UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...