Followers

Saturday 9 February 2013

Tudia...Najib Dah Mula 'Take Action' Pada Seluruh Bahagian ??!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.

Katanya, wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.

"Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

Katanya, tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil.

Najib memberitahu, secara keseluruhannya, mesyuarat hari ini memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kita telah menerima laporan audit sehingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi dan ikut laporan audit, kita amat puas hati pada tahap kesiapsiagaan sekarang," katanya.

Beliau berharap usaha-usaha untuk memantapkan lagi persiapan ini akan diteruskan oleh pucuk pimpinan negeri, bahagian sehinggalah ke Pusat Daerah Mengundi. - Bernama


UrukHai.

No comments:

Post a Comment