Followers

Saturday 9 February 2013

Isu Kalimah Allah : PKR & DAP Masih Berdegil, PAS Tunggu Apa Lagi ??!!



Kira-kira 30 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan anggota Pas di negeri ini mengadakan himpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Jurucakap Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP) Arif Ibrahim berkata, tindakan pakatan pembangkang yang terus berdegil dan mempertahankan pendirian mereka menyebabkan isu itu terus menjadi polemik masyarakat yang tidak berkesudahan.

"Kami juga merayu Majlis Raja-raja yang bakal bersidang hujung bulan ini mengeluarkan titah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam Bible bahasa Melayu," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Rawa di sini.

Dalam perhimpunan 30 minit itu kumpulan berkenaan turut memijak kain rentang bertulis 'keputusan 8 Januari bawa celaka' sambil melaungkan kata bantahan dan mengedarkan pelekat bertulis 'Save Kalimah Allah' kepada jemaah.

Menurut Arif, sebanyak 10,000 keping pelekat dicetak untuk diagih kepada umat Islam di negeri ini.

Pada 8 Januari lepas majlis pimpinan pakatan pembangkang mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama


UrukHai.

No comments:

Post a Comment