Followers

Thursday, 22 November 2012

DAPigs Lebih Berkuasa Sekiranya Anwar Menjadi Perdana Menteri


KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim  berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

"Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara.

"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," ujarnya.

Sumber Rakan FB Uruk.

UrukHai.

No comments:

Post a Comment