Followers

Friday, 15 March 2013

Breaking News : Kiram III Minta Pertolongan Indonesia Untuk Menyerang Sabah ??!! #LahadDatu

Gambar Hiasan
Mengikut laporan dari media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia didalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.


Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.

Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Selain itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.

"Walaupun Malaysia negara yang mengamalkan Islam.., tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata sedangkan perbuatan mereka tidak Islam.. Malaysia munafik, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam.." kata Kiram III didalam temuramah berkenaan.

Sebelum ini, Kiram III juga pernah memohon agar Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah tetapi permintaannya ditolak. ~ MPP News


Kredit MPP Online


UrukHai.

4 comments:

  1. Ya pemimpin umno/bn memang mcm tu... jadi sahlah bukan anwar yg bersubahat @ tabur janji kpd geng sulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik. Dah la menceroboh negara orang, kemudian mintak tolong negara lain pastu boleh pulak nak serahkan negara yang dia tuntut tu pada negara yang memberi pertolongan. apa jenis sultan yang senang2 serahkan negaranya ke negara orang lain? dah nyanyuk ke? kemudiann boleh pulak kata malaysia kurang islam. habis tu, tindakan anak buah sultan palsu yang tetak kepala dan korek mata mayat tu islam la ye? yang anon atas aku ni pulak, nampak sangat kurang cerdiknya. sultan palsu kutuk malaysia, negara kita bukannya pemimpin umno/bn. politik punya pasal, semua tu letak kat kepala lutut.

      Delete
  2. Ya memang bodoh lah kalau bekerjasama dengan orang2 mcm nih...sedap mulut bila berkata kata busuk,tuding jari pd orang lain..satu jari keorang lain,4 lagi jari kemuka sendiri...

    ReplyDelete
  3. Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai2 islam ? SAH SI TUA SULU NI MEROYAN A.K.A GILA . KOMITMEN sangat indonesia kpd islam , sampai membenarkan perkahwinan campur antara agama (islam kahwin kristian = anak tu apa agamanya ? )


    buat anon komen no.1 , pun sama bengap mcm si tiramisu jugak . lagi memalukan , sokong puak pluralism , komunis & bertopengkan agama , tapi sebenarnya kaki gila seks !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...