Followers

Sunday, 3 March 2013

KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA TENTANG INSIDEN BERDARAH DI SEMPORNA # LahadDatu


Di bawah adalah laporan kenyataan Ketua Polis Negara :
YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 malam tadi.  
Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang. 
Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa. - FB PDRM
Laporan terbaru ialah seorang lagi anggota keselamatn terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.


Sumber Dr.MiM


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...