Followers

Tuesday 12 March 2013

Parti yang paling bijak dalam PR ialah DAP dan PAS = BN Menang 1-0 ??!! #LahadDatu


Kesilapan Naib Presiden PKR, Tian Chua membuat kenyataan pencerobohan tentera Sulu di Sabah hanyalah satu “lakonan” semata-mata telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin BN dan PR pula hanya tunduk terdiam.

Sejak kecil, guru-guru selalu mengingatkan kita supaya mengakui kesilapan tetapi kebenaran ini selalunya tidak laku dalam dunia politik. Tian Chua mungkin enggan mengaku salah kerana beliau adalah ahli politik, tetapi tidak mengaku salah tidak bermakna beliau betul.

Satu “lakonan’ mengorbankan lapan nyawa, mana mungkin orang akan percaya BN akan berbuat demikian. Selepas hampir sebulan peristiwa berlaku, “Big Brother” Tian Chua (Anwar Ibrahim) mula menuding jari kepada kelemahan Najib membiarkan musuh bermaharajalela selama dua minggu, barulah menghantar pasukan tentera untuk menyerang.

Tidak dinafikan dakwaan Anwar itu ada logiknya tetapi keikhlasan Anwar diragukan. Apabila Najib membuka pintu rundingan kepada tentera Sulu, mengapa Anwar tidak mencadangkan kepada kerajaan untuk melancarkan “serangan kilat”?

Jika difikirkan lagi, seandainya kerajaan pada mulanya terus melancarkan serangan, adakah Anwar akan memutarkan hujah menyerah diri dan berundur. PRU13 semakin hampir, ada baiknya ahli-ahli politik kurang bercakap kerana terlebih cakap hanya akan memudaratkan diri sendiri.

Tian Chua memang suka bercakap tetapi akhirnya memakan diri sendiri. Anwar pula sebagai pemimpin tertinggi PR perlu bersuara tetapi apa yang keluar daripada mulutnya belum tentu dapat membawa PR menjejakkan kaki ke Putrajaya.

Parti yang paling bijak dalam PR ialah DAP dan PAS. Mereka tahu insiden Sulu menyebabkan hati rakyat berpihak kepada BN maka mengambil langkah untuk tidak memberi sebarang komen. Kesimpulannya, isu pencerobohan tentera Sulu di Sabah, BN mendahului dengan keputusan 1-0.

Rencana Pengarang Nanyang Siang Pao ( 11/3/13 )


UrukHai.

No comments:

Post a Comment