Followers

Friday, 29 March 2013

LGE Lu Memang Banggang Ke, Lu Memang Bodoh ??!!


Sikap lidah bercabang si Guan Eng memang tak dapat dinafikan lagi..Bila dah kantoi ada saja cari alasan nak lepaskan diri..Hairan, macam mana seorang akauntan merangkap Ketua Menteri memberi alasan salah taip mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut yang menelan belanja sampai berbilion bilion?

Ternyata Guan Eng kurang senang dengan isu yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda BN hingga menganggap Pemuda BN tidak Profesional.. Ini bukan soal profesional atau pun tidak, kalau pekara ini tidak dibangkitkan bukankah mereka akan teruskan projek ini dengan jumlah berbilion ringgit yang diberikan kepada syarikat kroni hanya bermodalkan RM2..


Berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri, jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011. Ketika itu Kerajaan Dap Pulau Pinang mengumumkan kos kesemua projek berkenaan merangkumi RM1.95 bilion bagi pembinaan terowong dasar laut, RM630 juta bagi pembinaan lebuh raya menghubungkan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney, RM920 juta pembinaan jalan raya menghubungkan Farlim ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dan RM580 juta bagi pembinaan jalan raya dari Tanjung Bungah ke Batu Feringghi.

Bagaimanapun kos terkini yang dinyatakan ialah sebanyak RM6.3 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM2.2 bilion.Dulu masa pemilihan CEC, Dap beri alasan salah kira, sekarang salah taip pula..

Jelas kita dapat lihat bagaimana angkuhnya Guan Eng untuk memohon maaf atas kesilapan, sebaliknya menyalahkan pihak lain yang membongkarkan pekara itu..


Kredit Klik Medan Tempur Kedah


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...