Followers

Tuesday, 12 March 2013

PANASS!! Apa Yang Dibincangkan Antara Anwar Dan Misuari Didedahkan ??!! #LahadDatu


Satu-persatu gambar Anwar bersama Nur Misuari didedahkan..Apa kaitan Anwar dan Nur Misuari dalam insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu.

Sebelum ini media Filipina mendedahkan sekeping gambar yang didakwa diambil semasa pertemuan sulit diantara Anwar dan Nur Misuari berlaku.


Apakah yang dibincangkan oleh mereka dalam pertemuan ini?? Apabila pihak media mengajukan soalan ini pada Anwar..Anwar enggan menjawabnya...

Tiba-tiba media Filipina keluarkan gambar dan video ini pula...

Kehadiran Nur Misuari ke kediaman Jamalul Kiram III di Tausuq City minggu lalu menunjukkan sokongan yang besar kepada pasukan penceroboh di Lahad Datu...



”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita." 
“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Klik Sini
 
Dan apabila ditanya Misuari mengenai pertemuannya dengan Anwar...Misuari menjawab..

Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu. 
Dia meminta dipertemukan dengan Anwar untuk mengadu mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing Selatan Filipina yang ditahan sambil memberitahu tiada perkara lain dibincangkan. -mstar
 "Dia (Anwar) hanyalah satu-satu rakan rapat yang saya kenal selepas saya ditahan di perairan Sabah," katanya.
Kenapa berjumpa Anwar jika hendak membela nasib rakyatnya?? Pelikkan....Bukankah Nur Misuari sepatutnya berjumpa dengan wakil dari kerajaan untuk membincangkan isu ini..

Kalau tak silap EP, selepas perjumpaan dengan Nur Misuari dengan Anwar...maka tercetuslah isu PATI yang diberi IC di Sabah..Ada orang kata Anwar dan Nur Misuari tak puas hati bila DS Najib dapat selesaikan masalah Bangsamoro diantara Kerajaan Filipina dan MILF di selatan Filipina...


Bak kata Blogger MyMassa...

Anwar jatuh kerana Rasuah dan Perempuan, Nur Misuari pun jatuh kerana Rasuah dan Perempuan kata Kerajaan Filipina yang memecat Nur Misuari tempoh hari. 

Anwar nak jatuhkan Kerajaan Malaysia, Nur Misuari nak jatuhkan Kerajaan Auotonomi MILF di Selatan Filipina.

Anwar kata "semua agama sama kerana mempunyai Tuhan yang satu"...Nur Misuari pula dalam FBnya menyatakan hal yang serupa. Dua-dua Pluralist Agama Islam.

Sebelum itu, Kerajaan Filipina sangat yakin agensi perisikan mereka berjaya mengesan penglibatan Ketua Pembangkang di Malaysia (ianya merujuk kepada Anwar) dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Kemampuan pengganas membeli beberapa buah rumah di atas air di Semporna, membeli rokok dengan harga sekotak RM50.00, mengubah suai enjin bot berkapasiti rendah kepada enjin berkapasiti lori, penggunaan pakaian tentera termasuk but jenama asing di Barat, keupayaan memiliki senjata moden dan penggunaan sistem jamming di medan perang memberi gambaran ada seseorang memberi dana.

Kehadiran Nur Misuari ke kediaman Jamalul Kiram III di Tausuq City minggu lalu menunjukkan sokongan yang besar kepada pasukan penceroboh di Lahad Datu. 

Keakbaran Anwar dan Nur Misuari, khususnya menjelang PRU13 di Malaysia merupakan satu modus operandi yang sulit di antara mereka berdua. Ianya melibatkan wang yang banyak, khidmat perundingan dan win-win situation antara kedua-dua personaliti pembangkang ini...







UrukHai.

No comments:

Post a Comment