Followers

Tuesday, 26 March 2013

28 Mac Ini 'DUN' Akan Terbubar Sendiri ??!!


Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik ialah pada 28 Mac dan bukan 27 Mac seperti disangkakan pelbagai pihak sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata mengikut Perkara 56 (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, DUN akan terbubar dengan sendiri genap lima tahun daripada tarikh persidangan pertama, iaitu pada 27 Mac 2008, jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. 

"Bagaimanapun, mengikut Akta Interpretasi 1948/67, lima tahun itu dikira bermula sehari selepas tarikh persidangan pertama, iaitu 28 Mac 2008 dan bukan pada hari persidangan," katanya pada sidang media khas di kediaman rasminya, di sini, lewat petang semalam. 

Beliau berkata, ini bermakna DUN Negeri Sembilan hanya akan terbubar automatik mulai jam 12 tengah malam, pada 28 Mac.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...