Followers

Tuesday, 12 March 2013

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,"- Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.!! #LahadDatu #OpDaulat


Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata, mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah, Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumikan. - BERNAMA


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...