Followers

Thursday, 7 March 2013

Kuala Lumpur Tidak Akan Menimbang Sebarang Permintaan Gencatan Senjata - Najib !!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata.


"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di Lahad Datu hari ini.

Laporan media dari Filipina hari ini memetik Kiram meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

Terdahulu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyeru agar 'keganasan' di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku.


UrukHai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...