Followers

Thursday, 14 March 2013

[VIDEO] PENCEROBOH JENERAL MUSA BERSAMA TALI BARUT SEBELUM PERTEMPURAN TERSEBAR !! #LahadDatu


Klip video ini didakwa menunjukkan Jeneral Musa, ketua nombor dua  penceroboh di Lahad Datu bersama seorang tali barut warga tempatan.


Lelaki yang menerima topi dari Haji Musa adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Di antara kenyataan sumber yang mengeluarkan klip video ini :
Video Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, dipercayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.

Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan.
Lihat klip video di bawah :


Laporan Bernama mengatakan bahawa 'Jeneral' Musa telah terbunuh ini kerana hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain,

Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan mengesahkan salah satu dari 16 mayat itu ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.


Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain.

Bagaimana pun terdapat laporan yang mengatakan bahawa keluarga Kiram telah menafikan kenyataan pasukan Malaysia telah membunuh “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu.

Tetapi kenyataan keluarga Kiram itu memang telah dijangka kerana kematian 'Jeneral' Musa itu sudah pasti akan menjatuhkan moral saki-baki penceroboh-penceroboh yang masih berada di Sabah.


Kredit Dr MiM


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...