Followers

Thursday 15 November 2012

Hadi Awang Tidur Tak Lena & Bakal Lepas Jawatan!



Barisan Nasional yakin sepenuhnya mengambil alih Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ia berdasarkan sokongan luar biasa ditunjukkan Pemuda Umno Marang pada Himpunan Generasi Muda Marang 2012 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, impian itu bukan khayalan, sebaliknya dibuktikan melalui sokongan padu yang ditunjukkan, khususnya golongan muda dari kawasan Parlimen tersebut.

“Kita yakin Marang akan kembali di bawah jajahan BN dan ia bukan lagi impian kosong, sebaliknya dibuktikan melalui sokongan padu ditunjukkan golongan muda terhadap BN.

“Kita akui untuk berjaya menawan beberapa kawasan dan Parlimen di negeri ini memerlukan sokongan banyak pihak terutama golongan muda bagi memastikan kita kekal menerajui negeri dan negara ini,” katanya sempena Himpunan Generasi Muda Marang 2012.

Himpunan itu menyaksikan kira-kira 6,000 Pemuda Umno dari Parlimen Marang berkumpul di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam sebagai tanda sokongan untuk bertemu pemimpin besar negeri itu.


Pada perhimpunan itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan 1,000 rumah mampu milik akan didirikan untuk penduduk Marang sekiranya BN menang pada PRU13.

“Ini sebagai tambahan kepada beberapa projek pembangunan rumah mampu milik yang sedang berjalan ketika ini, begitu juga dengan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong, sebanyak 500 unit rumah akan didirikan.

“Sementara itu di Dun Pengkalan Berangan pula, kita akan bangunkan Sekolah Menengah Imtiaz pada 2014, yang mana tanah telah disediakan untuk projek berkenaan,” katanya.

Menurutnya, janji itu akan ditepati dan pada masa sama mengingatkan golongan muda supaya keluar mengundi awal serta memberikan sokongan penuh kepada BN pada PRU13.

“Himpunan Generasi Muda Marang 2012 ini bukan pertemuan terakhir, malah akan ada pertemuan berikutnya selepas ini. Kita akan pastikan kemenangan milik kita,” katanya.

p/s : Patut dok kalut nk bertanding di Pekan pulak,dah taw nk kecundang.

UrukHai.

1 comment:

  1. bro, sudah dipautkan di aloqlaloq.blogspot.com. mohon dipautkan kembali di sini. tk

    ReplyDelete