Followers

Tuesday 13 November 2012

Salam Perjuangan


Salam Perjuangan Uruk ucapkan pada bloggers-bloggers hebat di luar sana ..Kehadiran uruk untuk pertama kali dalam dunia maya ini adalah untuk sama-sama berjuang bagi mempertahankan maruah Bangsa,Agama dan Negara.

Semakin hari dunia politik tanahair semakin terancam dengan tindakan dan gerakan-gerakan pihak berkepentingan sempit yang hanya mementingkan nafsu serakah tanpa melihat kepada kesan dan implikasinya terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Pada ketika seluruh dunia melihat Malaysia sebagai sebuah negara kecil yang sedang membangun kita sebenarnya harus melihat jauh kehadapan.Bukan untuk kepentingan Uruk dan rakyat jelata tetapi atas dasar warganegara yang berdaulat seharusnya kita sama-sama bangun demi memastikan perjuangan warisan ini terus dipertahankan.

Sebagai anak kecil yang baru bertatih , Uruk terpanggil untuk sama-sama menyumbang bakti dalam perjuangan keramat ini.Jutaan terima kasih atas tunjuk ajar MMI selaku rakan "cyber" yng sentiasa memberikan sokongan dan dokongan insyaallah dengan kudrat yang ada Uruk tampil untuk sama-sama berjuang dalam dunia maya demi mempertahankan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Oleh kerana itu Uruk berharap rakan-rakan bloggers khususnya di Pulau Pinang mahupun dimana jua dapat memberikan sokongan demi sebuah perjuangan untuk Tanah Air kita yang tercinta MALAYSIA!....

Psst jom pekena teh tarik selagu !!

Uruk.

No comments:

Post a Comment