Followers

Tuesday, 13 November 2012

Nurul Izzah...Oh Nurul Izzah...



Nurul Izzah perlu bertaubat!!! - Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Nurul Izzah mentafsirkan ayat ke-256 Surah A-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk kearah sebagaimana yang beliau ucapkan.

Menurut Nasharuddin,ayat 'Tiada paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang disepakati seluruh Ahli Tafsir Islam tanpa khilaf.

"Tafsiran bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam,kita sebagai Muslim tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam."

"Namun,apabila orang Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 surah Al-Ahzab terpakai keatasnya sebagai seorang Muslim," katanya.

Surah al-Ahzab, ayat ke-36

Dan tidaklah harus orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Ayat ke-36 surah ini bermaksud

"Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak ada hak untuk memilih..."

Sumber rakan FB Uruk.

UrukHai.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...