Followers

Monday 19 November 2012

SURAT RASMI KEPADA "BAKAL PERDANA MENTERI" YANG DI SOKONG GEREJA ??!!

Bukan Gambar Hak Cipta Uruk!

Ternyata jelas dan  sudah pasti terjawab mengapa agaknya Anwar serta juak-juaknya begitu kedepan dalam soal penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja sebelum ini yang mencetuskan kontroversi sehinggakan ulama PAS seperti Harun Din perlu masuk campur.

Begitu Juga pada baru-baru ini Nurul Izzah juga berpendapat dan berbicara akan hak sama rata dalam memilih agama mahupun kepada bangsa Melayu yang tentunya dilahirkan beragama Islam. 

Semua itu terjawab dengan pendedahan sepucuk surat daripada Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah yang dialamatkan kepada Anwar Ibrahim pada 18 Ogos 2008 yang lalu dengan tulisan KEPADA "BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA" tertera di surat rasmi tersebut.


Lebih menggemparkan ianya menyatakan sokongan pihak gereja terhadap Anwar dan disebabkan itu mereka telah menghantar seramai 17 orang AJK pertubuhan tersebut bagi membantu kempen pilihan raya Anwar pada ketika itu.

Pada 2008 lalu Anwar bukan saja telah menggerakkan seluruh jentera parti Keadilannya malah turut membenarkan pihak gereja untuk masuk dan bertapak di Permatang Pauh menjalankan kerja-kerja pilihan raya untuk dirinya dan parti keadilan rakyat.

Tertulis "Kami juga berpendapat bahawa DATUK SERI LAYAK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA kerana sikap Datuk Seri yang LIBERAL DAN MEMBERI KEBEBASAN KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA MENGAMALKAN SEMUA AGAMA. DATUK SERI JUGA AMAT BERDEDIKASI APABILA MENYOKONG PENGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM SEMUA AGAMA DI MALAYSIA. Sesungguhnya Tuhan Jesus merahmati Datuk Seri dan keluarga."..

Lanjut mengenai ini klik: MMI


UrukHai.

No comments:

Post a Comment