Followers

Friday, 16 November 2012

UMNO SABOTAJ MUKTAMAR PAS??!!


Sehelai kain rentang berbau provokasi terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digantung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di saat Muktamar Tahunan PAS ke-58 sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Kain rentang yang digantung di sebuah gelanggang tenis berbunyi "Nurul Izzah Apa Maksud Kamu? Kebebasan Beragama Sepatutnya Dipakai Samarata - Dewan Pemuda PAS Kelantan" itu dipercayai telah berada sejak awal pagi rabu lalu.

Ketua pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam komennya berkata, kain rentang tersebut dilakukan oleh tangan-tangan syaitan yang dikenali - merujuk kepada komen bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang mengatakan lebih baik menyokong syaitan yang dikenali (Umno dan Barisan Nasional - BN) daripada malaikat yang tidak dikenali (Pakatan Rakyat). katanya.

Gelanggang tenis tersebut terletak berhampiran sebuah restoran makanan segera kira-kira 300 meter dari Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, tempat berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Inilah sikap puak-puak PAS yang selalu menuduh dan mengaitkan dengan UMNO sebagai pencetus provokasi terhadap kesalahan mereka sendiri.

Siasat dulu lah siapa yang buat kain rentang tu..,jangan main nak tuduh UMNO jer..

Apa UMNO tak ada kerja lain ke nak buat benda-benda macam ni??

"Hey Mike,we are Pro's la.. come on la beb"!!

Buek rugi boreh jo!! PPPUUUUUIIII!!

UrukHai.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...