Followers

Wednesday 27 February 2013

[VIDEO] Jangan Percaya #Manifesto Pakatan Haram, Itu Semuanya Bohong ??!!


Tertipu, tertipu dan terus ditipu, sekiranya rakyat masih percaya dan memilih Pakatan Haram dan sesungguhnya mereka akan terus ditipu oleh mereka yang selalu menjanjikan bulan dan bintang.

Korang tengoklah apa Janji-janji pembangkang pada PRU12 lalu, ada mereka tunaikan ke? chhaaaiitt...LU SEMBANG LA NUAR !! Contoh lihat di Selangor dan Pulau Pinang dah cukup siott.

Kelmarin pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen 'main-main' dan tidak serius.

Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya.

Contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion.

Pembangkang nak 'cover' macam mana, apa yang mereka nak buat untuk 'cover' pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang.

Pakatan pembangkang juga masih berteka-teki berhubung calon perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti.

Macam mana mereka boleh umum manifesto tapi tidak berani umum siapa bakal perdana menteri. Kalau siapa bakal perdana menteri pun tak berani nak umum, di mana rakyat nak ada keyakinan tentang kesungguhan mereka nak melaksanakan manifesto itu. Mereka kena tegas siapa nak memimpin negara ini.

Sekali lagi kita mesti tolak segala apa yang pembangkang janji sebab belum tentu depa akan tunaikan janji jika menang.

Jangan jadi macam si Tipah cukuplah.





P/s : NUAR SI RETORIK !!


UrukHai.

No comments:

Post a Comment