Followers

Saturday, 9 February 2013

Kepada Peminat Fast & Furious Uruk Juga Diantara Peminat F&F !!



Pastinya peminat-peminat Fast And Furious tak sabar-sabar menantikan kemunculan siri keenam filem ini yang akan ditayangkan pada bulan Mei 2013.

Melihat pada trailer filem ini, rata-rata pelakon asal filem ini masih dikekalkan pada Fast And Furious 6. Apakah pula jalan ceritanya untuk filem terbaru ini?

Di bawah sedikit sinopsis jalan cerita ini yang Uruk terjemahkan kembali dari Yahoo! news-
Dikisahkan, Dom (Vin Diesel) dan Brian (Paul Walker) harus hidup berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain setelah berjaya mengalahkan dan mencuri dari kumpulan mafia di Rio. Akibat Tidak boleh kembali pulang ke negara asal, mereka pun merasa hidup ini seperti tak bererti. 
Di lain tempat, Hobbs (Dwayne Johnson) diceritakan berusaha mengesan organisasi jenayah yang terdiri daripada pemandu terlatih dari 12 negara.
Mereka lalu membuat kesimpulan satu-satunya cara untuk mengalahkan organisasi ini adalah dengan melawan mereka di jalanan.
 
Hobbs lalu mengajak Dom dan kumpulannya untuk bergabung dengan pasukan elitnya di London dan menjanjikan pengampunan bagi mereka agar dapat kembali pulang ke negara asal mereka. Berjayakah Dom dan kawan-kawannya untuk misi kali ini?
Dibawah ini pula adalah video trailer untuk filem ini-


P/s : Jumpa Uruk di Pawagam!!


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...