Followers

Saturday 9 February 2013

PRU13 Pembangkang Mungkin Akan Berdemonstrasi ala Gelombang Arab Spring ??!!



Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang.

"Semua pihak mesti menghormati undang-undang dan sekiranya ada yang  tidak menghormati undang-undang bererti mereka mahu mewujudkan satu keadaan yang akan memberi kesan buruk kepada negara kita.

"Perjalanan demokrasi juga menuntut kepada undang-undang negara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas entri terbaru itu ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri terbaru dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc.

Dalam entri tersebut, Dr Mahathir menggesa Barisan Nasional (BN) mengambil serius gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata, keputusan PRU13 yang akan datang perlu diterima baik oleh PR tanpa mendatangkan sebarang huru-hara.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, PRU13 akan mengikut landasan yang benar dan PR harus menghormati dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat rakyat.

"PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini.

"Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi.

Beliau menambah,sekiranya PR percaya terhadap amalan demokrasi, PR tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan rakyat.

UrukHai.

No comments:

Post a Comment