Followers

Wednesday, 6 February 2013

Sebenarnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud Lagi 'Power' Dari Anwar Ke ??!!


Puan Seri Ragad Kurdi Taib

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Sarawak kononnya untuk melakukan perubahan kerana boleh berbuat demikian di Permatang Pauh terlebih dahulu.

Menurut Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kawasan Parlimen tersebut yang diwakili Anwar sejak beliau bergelar pemimpin nombor dua negara sehingga kini bukan sahaja tidak banyak berubah malah semakin terabai.

"Ubah Permatang Pauh dulu"

Pelbagai janji manis pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pun masih gagal ditepati. Sebenarnya pembangkang tidak ada komitmen terhadap apa yang mereka janjikan atau dengan kata lain, memang tak ikhlas pun untuk lakukan perubahan.

“BN selama ini terbukti mengotakan apa yang dijanjikan berikutan membawa kemajuan dan melakukan perubahan sehingga berjaya menjadikan Sarawak setaraf negeri-negeri lain di Semenanjung.

“Tidak cukup dengan tunaikan janji yang dibuat, kita tambah lagi macam-macam pembangunan dan perkara baharu yang tidak dijanjikan untuk memastikan rakyat hidup sejahtera.

Ternyata Tan Sri Abdul Taib Mahmud jauh lebih hebat daripada Anwar Ibrahim.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment