Followers

Friday, 1 February 2013

Rumah Yang Lim Guan Kata 'MURAH', Murah ke Guan Eng Woi ??!!



Guan Eng kelmarin mengumumkan program rumah mampu milik khusus kepada rakyat negeri Pulau Pinang bagi meringankan beban rakyatnya.Memang terbaiklah ketua menteri sorang ni sebab dah dekat nak pilihan raya baru nak buat semua ni..

Kerajaan negeri akan membuka tiga kaunter pendaftaran iaitu di Komtar, pejabat Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) di Bayan baru dan pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda.

Menurutnya, sebanyak 12,000 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah ditawarkan di Batu Kawan dan 1,300 unit ditawarkan di Jalan SP Chelliah dengan pelbagai harga. lanjut Klik Sinar Online

Namun pengumuman tersebut menimbulkan pelbagai keraguan malah ianya dilihat sebagai gula-gula pilihan raya dan satu lagi cubaan mengaburi mata rakyat.Paling menarik inilah kali pertama Guan Eng berani mengumumkan nama tempat rumah tersebut dibina kerana selama ini hanya cakap kosong.

Ianya turut mendapat reaksi daripada Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin apabila meragui keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya LGE yang mengumumkan pendaftaran untuk rumah mampu milik di batu kawan dan jalan SP Chelliah.

Sepatutnya LGE membina lebih banyak rumah kos rendah dan bukannya mengelirukan rakyat dengan tema RUMAH MAMPU MILIK tetapi pada hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat miskin PP .

Antara keraguan yang menjadi persoalan rakyat PP adalah Mengapa masa yang diambil hampir 5 tahun untuk mengumumkan pendaftaran sedangkan pengumuman untuk membina perumahan di Batu Kawan dan SP Chelliah telah mengambil masa lebih setahun.

Pemuda meragui bahawa pelan pembangunan telah diluluskan oleh PBT kerana didapati tiada rekod pelan pembangunan diluluskan bagi kedua dua tapak.

Mengapakah harga yang ditawarkan dikedua-dua tempat hanya melibatjkan rumah kos sederhana dan sederhana rendah?Dimanakah rumah kos rendah?

Harga yang ditawarkan juga amat tinggi dan menampakkan bahawa LGE masih mengambil untung daripada rakyat miskin PP apabila harga yang ditawarkan masih tinggi berbanding kos pembinaan.

Adakah ini adalah gimik pilihanraya LGE melalui PDC untuk menutup pengkhianatan mereka terhadap rakyat miskin tidak mampu PP selama 5 tahun memerintah yang hanya tahu menjual tapak rumah kos rendah taman manggis dan perumahan mampu milik di bayan mutiara.

Rakyat yang berpendapatan RM5000 sebulan pun akan merasa perit untuk memiliki rumah kos sederhana bernilai RM 400 ribu ,

Bagaimana pula dengan mereka yang miskin tegar yang mana kononnya telah dihapuskan oleh LGE apabila mengumumkan bahawa minimum pendapatan rakyat pulau pinang akan dijadikan RM770 untuk hilangkan miskin tegar?

Apakah harga rumah mampu milik mereka? bukankah mereka sepatutnya diberikan rumah kos rendah.

Terbukti LGE amat licik menipu rakyat miskin pulau pinang apabila telah mengumumkan pembinaan rumah mampu milik dan pendaftaran rumah mampu milik yang masih belum diluluskan sedangkan yang rakyat sebenarnya mahu memiliki rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang perlu diukur daripada garis kemiskinan rakyat miskin bukannya nasihat perunding pakar daripada luar negara yang tidak tahu tahap kemiskinan rakyat.

Sudah sampai masa LGE dan sekutunya DIAJAR DALAM PRU13 !!!

Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP

P/s Hairan mengapa baru sekarang ? selama 5 tahun ni ampa buat apa ? Pukoi canang merata ceruk kampung alih-alih dekat pilihan raya baru nak buat ? Rakyat nilai sendirilah..

Kredit MMI

UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...