Gambar Hiasan
Menyedari semakin ramai yang berpandangan serong terhadap golongan mahasiswa yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu cenderung melakukan perkara yang menjatuhkan imej mahasiswa, maka sekumpulan mahasiswa yang mewakili suara mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mewujudkan SISWA4U.
Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus.
“Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.
“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,” ujarnya dalam sidang media khas bagi menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya.
Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara.
“Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.
“Kami mewakili suara anak muda yang cintakan negara dan mahu negara ini terus aman, maju dan makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri untuk terus membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia khususnya anak muda agar BN terus diberi mandat menerajui negara ini,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
** Jangan lupa..UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL...
UrukHai.
No comments:
Post a Comment