Followers

Monday 22 April 2013

Projek 'Seleweng' 1 Billon Teressa Kok Diselesaikan Dalam Masa 8 Hari ??!! #PG13 #TolakPR #GE13 #PRU13


Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.


Projek Solar Photovoltaic Power Plant yang mencecah RM1bilion sentiasa menjadi tanda soal dengan penglibatan secara tersembunyi Teresa Kok, yang menggunakan proksinya, iaitu seorang ahli DAP, Kok Chee Keong, untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancarnya. Yang paling menakjubkan, hanya dalam LAPAN (8) hari sahaja, Yayasan Selangor telah menghantar surat hasrat untuk mengadakan sebuah perbincangan supaya satu persetujuan boleh dimuktamadkan.


Saya mula berasa sangsi apabila dapat tahu Kok Chee Keong turut mendapat kepentingan dalam projek ini, dan Chee Keong juga turut menjadi salah seorang daripada lapan wakil Yayasan Selangor dalam sebuah mesyuarat bersama syarikat Goldsino Investment Development Ltd. yang berasal dari China. Penyelewengan ini semakin mendalam apabila dua bidang tanah telah dipajak selama 25 tahun.

Saya ingin bertanya kerajaan PKR Selangor, bagaimana projek RM1bilion ini boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang sangat singkat? Tentu Khalid Ibrahim akan terggggggagap-gagap untuk menjawab, kerana beliaulah bertanggungjawab dengan arahan ‘verbal’ kepada Yayasan Selangor supaya surat hasrat dapat dikeluarkan dengan segera.

RM1bilion diseleweng begitu sahaja kepada Teresa Kok, yang terbukti sebagai “Menteri Besar sebenar” Selangor. Khalid Ibrahim, sila jawab dan jelaskan dengan terperinci apa authority sebenar Teresa Kok dalam pentadbiran Selangor !!


UrukHai

No comments:

Post a Comment