Followers

Tuesday, 14 May 2013

Anwar Ibrahim Bakal Berdepan Dengan Saman Dari SPR !!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menabur fitnah terhadap badan itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penyebaran fitnah itu bermula sebelum hari mengundi dan diperhebatkan pada 5 Mei lalu.

Beliau khususnya merujuk kepada pesanan Twitter Anwar yang mengisytiharkan pembangkang sudah menang PRU13 dan memberi amaran kepada SPR dan Umno untuk tidak melakukan penipuan.

Wan Omar berkata pesanan Anwar itu tidak masuk akal kerana ketika ia dihantar, hanya 2,000 daripada 52,000 peti undi telah dikira.

“Ini adalah penipuan jelas kerana pada masa itu tidak mungkin keputusan pilihan raya sudah diketahui," Wan Ahmad dipetik berkata oleh New Straits Times.

Wan Ahmad juga membidas blogger-blogger pembangkang kerana menyebarkan fitnah seawal jam 8 malam pada hari mengundi bahawa gabungan PKR-PAS-DAP itu sudah menang pilihan raya umum.

Beliau berkata fitnah itu sengaja disebarkan untuk memastikan penyokong Pakatan Rakyat menolak sebarang keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang.

"Mereka berbuat demikian untuk meyakinkan penyokong pakatan dan rakyat bahawa tidak mungkin pembangkang boleh tewas,” kata beliau.

"Justeru jika keputusan tidak memihak kepada pakatan, mereka akan menolaknya dengan alasan penipuan berlaku,” jelas beliau lagi.

Wan Ahmad menyifatkan demonstrasi '505' anjuran pembangkang hanya akan membunuh demokrasi.

Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul bukti terhadap fitnah yang disebarkan semasa PRU sebelum mengambil keputusan muktamad.





UrukHai.

2 comments:

  1. saman je si peliwat nih... buat perhimpunan haram.. dan sememangnya anwar suka kepada yg haram2.

    ReplyDelete
  2. Nak timbang apa lagi...baik KDN ke SPR ke Polis ke berapa banyak nak timbang...nak tunggu sehingga dah teruk pun nak timbang..aduhyaaiiii...lapuran polis byk dibuat...tp timbang lagi..Sabah hampir ditawan...timbang lagi. Seolah2 Aljuburi ni mereka cipta agar segala cerita perbuatan songsang dan penglibatan pengkhianat Agama Bangsa dan Negara ini tertutup dan tenggelam dgn isu SPR tak telus, Himpun sana sini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...