Followers

Tuesday, 14 May 2013

Terkini !! : Anwar Ibrahim Bakal Berundur Dari Karier Politik ??!!


81% responden dari survey yang The Edge jalankan mahu Anwar berundur seperti yang telah Anwar sendiri nyatakan sebelum ini bahawa sekiranya tewas dalam PRU 13 beliau akan berundur.

PRU13 adalah bukti sebagaimana cakap-cakap beliau mengenai pegunduran beliau berpolitik sekiranya tidak dapat menawan Putrajaya, namun apa yang sedang difikirkan sekarang ini adakah mampu untuk beliau mengambil keputusan sedemikian.

Hanya dengan bercakap kosong dengan berjanji bulan dan bagai bintang mahu jatuh keriba, siapa pun mampu !!


Undian tersebut bermula dengan ayat, PR gagal untuk menawar Putrajaya, apakah Anwar patut bersara sebagai pemimpin.

Jawapan pertama adalah, "Tidak, beliau sepatutnya meneruskan tugas mengetuai PR kerana telah menang lebih kerusi daru PRU sebelumnya.

Dan jawapan kedua "Ya, beliau patut meletak jawatan seperti yang telah dijanjikannya"

TheEdge adalah akhbar peniagaan nombor satu di Malaysia.

Anwar semasa kempen PRU13 berjanji beliau akan bersara sebagai ahli politik jika pembangkang gagal ke Putrajaya. Beliau berhasrat mahu menjadi pensyarah di universiti luar negara.

Bagaimanapun ketika berucap di 'himpunan gelap' pembangkang di Stadium Kelana Jaya Rabu lalu, Anwar memberitahu beliau TIDAK akan bersara kerana pembangkang sebenarnya menang. 

Ramai yang terkejut macam mana Anwar boleh kata pembangkang menang sedangkan pakatan PKR-DAP-PAS itu hanya menang 89 kerusi berbanding 133 milik BN.

Ini bukan kali pertama Anwar buat 'lawak' begitu, kerana pada malam keputusan diumumkan 5 Mei, Anwar isytihar PR menang ketika undi belum dijumlahkan, iaitu seawal jam 7 petang.

Anwar kelihatan terdesak mahu 'merampas kuasa' dengan menganjurkan berbagai siri 'himpunan gelap' pembangkang sejak tewas PRU13 


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...